Day 1 - Kami mulakan hari yang cool dengan pagi yang barai. Kami bertolak dari Lumut dengan bas Roadways sit lowered. Tingkap tinggi. Bagus betul. Nak tengok pemandangan luar bukan main kena tegak-tegak tulang belakang lagi. Sampai UTP dalam sharp-sharp pukul 8. Sedap-sedap budak nak pergi kelas. Kami sedap je kol Aidil mintak tolong pikap kat depan pak guard.

Oh ya.

Masuk-masuk UTP je dah jumpa makwe cun lepak sorang-sorang depan tasik. Gaya macam tengah tunggu pakwe. Sesungguhnya kami orang-orang yang beriman, tak macam Syed, kami nekad untuk tidak mengambil kesempatan. Cool.

Kita potong scene lepak bilik Pyol pekena fesbuk sambil tunggu Syed, kita proceed kepada scene lepak Kafe V3. Samseng Jalanan. Pekena teh dulu pagi-pagi sememangnya acara wajib bagi manusia bergelar lelaki. Kalau tak pekena tu, maknanya tak bangun pagi. Atau dah lewat nak pergi kelas.

Ah. Tetiba sakit mata.
Cukup la entri untuak hari pertama bukak booth dekat UTP. Tengok, taip pun dah bersepah.

Categories:

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    weh..ikman geng gua 2..kem salam kat die-gebeng